Tuesday, January 11, 2011

Penambahbaikan Sistem Lock


Makluman kepada semua....

Bagi tujuan penambahbaikan sistem pengurusan pesanan dan pengambilan stok, beberapa syarat untuk Lock Price / Book Price telah diperketatkan.

1- Setiap order / lock price perlu di bayar 10% deposit dari jumlah pesanan dalam tempoh 24 jam selepas pesanan di buat.

2- Jika deposit tidak dibuat selepas 24 jam, status order tersebut akan di "Suspend", bermakna anda / pelanggan tidak boleh membuat order baru sehinggalah deposit 10% tersebut di jelaskan.

3- Sekiranya deposit / bayaran tidak di jelaskan dalam tempoh 24 jam selepas order tersebut di "Suspend", maka order / lock price tersebut akan di batalkan dan nama anda / pelanggan akan di senarai hitamkan, bermakna anda tidak boleh membuat sebarang Lock Price lagi.

4- Manakala bagi Dealer atau Master Dealer, nama anda akan di senarai hitam dan status Dealer / Master Dealer anda akan di digugurkan sekiranya akaun anda telah di "Suspend" sebanyak 2 kali.

Justeru, kepada Dealer2 dan MD jaga prestasi dan nama baik anda demi kepentingan dan kemajuan perniagaan anda sendiri.

Kepada pelanggan / pembeli, pastikan anda telah betul2 ikhlas untuk urusan jual beli, jangan terlalu mudah Lock Price, kemudian bila harga turun anda terus senyap sahaja.

Kepada semua, jika anda belum betul2 bersedia untuk menjadi seorang pelabur tidak kira dalam apa jua jenis pelaburan, sila buat pelaburan ke atas ilmu pelaburan dahulu, fahami dan kuasai ilmu pengurusan kewangan, pengurusan pelaburan dan pengurusan risiko.

Jika anda seorang yang takut akan risiko kerugian, tetapi mahukan keuntungan besar dan pulangan tinggi, rasanya anda belum bersedia untuk menjadi seorang pelabur, mungkin lebih sesuai bekerja makan gaji sahaja. Maaf jika agak kasar, tetapi ini hakikat yang perlu difahami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...