Thursday, December 30, 2010

Selamat Datang Tahun 2011

Salam dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan emas.

Tinggal sehari sahaja lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Bermulalah lembaran episod baru untuk tahun 2011. Bermacam-macam impian,hajat dan kata-kata semangat di laungkan dengan harapan agar tahun 2011 menjadi tahun yang gemilang.

Untuk tahun 2011 ini, Telaga Emas berharap agar dapat memajukan diri dan keluarga dan setiap kejayaan mestilah berdepan dengan pengorbanan. Selain daripada itu, Telaga Emas juga berharap pada tahun 2011 ini, masyarakat lebih sedar tentang kepentingan menyimpan ataupun membuat pelaburan dengan emas. Seperti yang kita sedia maklum, harga emas dipasaran terus meningkat dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama meningkat taraf hidup kita dengan menyimpan emas agar generasi akan datang terutamanya untuk menjamin masa hadapan anak-anak kita untuk menempuh masa hadapan.

Sama-samalah kita majukan diri kita tidak kira dengan apa jua yang kita lakukan di samping kita berusaha dan yang paling penting bertawakallah kepada Allah S.W.T. Kita juga haruslah percayakan matlamat dan diri kita sendiri.

Akhir kata dari saya, ingat EMAS ingatlah masa hadapan anda dan generasi anda.

Call me now : 013-334 2326

Piala AFF Suzuki Cup 2010

Tamat sudah kejohanan Piala AFF Suzuki  Cup 2010.Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia!!!

Rasanya hari ini sahaja di mana-mana orang akan bercakap pasal bola sepak antara Malaysia vs Indonesia yang akan di adakan di stadium Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta, Indonesia. Malaysia membawa bekalan yang selesa semasa separuh akhir yang lalu dengan membenamkan pasukan garuda sebanyak 3 gol tanpa balas.

Pada pukul 8 malam, pasukan Malaysia memulakan misi untuk merangkul Piala AFF Suzuki  Cup 2010 buat pertama kalinya sejak tahun 1996. Masa 90 minit sudah pun berlalu, Indonesia berjaya mengalahkan Malaysia dengan gol 2-1 walaupun team Malaysia menjaringkan gol dulu. Tetapi dengan bekalan gol 3-0 semasa 1st leg di Malaysia, secara aggregatenya, Team Malaysia menang dengan kiraan gol 4-2. Tahniah di ucapkan untuk team muda Malaysia dengan bermain bersungguh-sungguh sebab tiada kejayaan tanpa usaha.

Dengan merangkul piala ini, PM telah mengumumkan cuti umum pada hari jumaat (31 December 2010). Selamat bercuti Malaysia dan TAHNIAH BUAT TEAM MALAYSIA!!!


Monday, December 27, 2010

PNB Isytihar Dividen ASB 7.50 Sen , Bonus 1.25 Sen

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Para pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2010, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lepas.

Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun lepas.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.93 bilion dan RM603.34 juta bagi bahagian bonus.

Sehingga Jumaat lepas, katanya skim itu mencatatkan pendapatan kasar RM6.58 bilion.

“Pendapatan dividen dari syarikat penerima pelaburan menyumbang RM3.27 bilion atau 50 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.78 bilion atau 42 peratus,” katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen itu di sini.

Sementara itu, baki pendapatan 8.0 peratus atau RM0.53 bilion diperolehi daripada pelaburan di dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata perolehan ASB tahun ini disokong oleh peningkatan sumbangan dividen anak-anak syarikatnya terutama Malayan Banking Bhd (Maybank), iaitu sebanyak 55 sen berbanding 8.0 sen tahun sebelumnya.

Sumbangan dividen daripada Sime Darby Bhd pula menyusut kepada 10 sen daripada 20.3 sen pada 2009.

“Dari segi pendapatan tahun lepas, dividen adalah kurang daripada 50 peratus, tetapi tahun ini kita dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat yang kita labur.

“Prestasi tahun ini agak bernasib baik walau pun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi kita mendapat dividen yang tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih,” katanya.

Ditanya mengenai prestasi Sime Darby yang kini menyusut, Hamad Kama Piah berkata, “Kita sentiasa mengharapkan prestasi syarikat-syarikat kita akan bertambah baik. Kalau kita lihat prestasi Sime Darby sendiri mereka telah menganggarkan keadaan akan lebih baik pada masa hadapan dan kita harapkan ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lebih baik.”

-BERNAMA

Thursday, December 23, 2010

PUM sokong guna dinar, dirham

KUALA LUMPUR: Bermuamalah menggunakan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak jelas termaktub di dalam syariat Islam, malah perkataan dinar serta dirham disebut dalam beberapa surah al-Quran.
Sehubungan itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyokong penggunaan dinar dan dirham sebagai langkah alternatif menggantikan mata wang konvensional yang ketika ini semakin menyusut.

Yang Dipertuanya, Datuk As-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ada suatu perkara yang dulunya biasa dan amat akrab dalam kehidupan umat Islam tetapi ia kini terpinggir dan ada pihak berpendapat akibat terpinggirnya amalan itu, rata-rata umat Islam berada dalam hambatan kemiskinan sama ada dari segi iktisad (ekonomi) dan siasah (politik).
“Amalan yang terpinggir itu adalah penggunaan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak. Penggunaan mata wang syariah itu lebih dekat dengan Islam dan mempunyai pelbagai kelebihan seperti mengelakkan riba yang kebiasaannya diguna pakai secara berleluasa dalam aktiviti perbankan dan wang kertas.

“Emas adalah wang paling stabil pernah digunakan manusia dan ia sudah terbukti digunakan sejak daripada awal tamadun Islam sehingga ke hari ini. Kestabilan nilai emas dapat mengelakkan daripada berlakunya inflasi dan krisis ekonomi.

“Malah, emas tidak boleh dicetak sewenang-wenangnya oleh sesebuah kerajaan seperti wang kertas menyebabkan nilainya tidak mungkin susut atau jatuh seperti mana nilai wang yang digunakan sekarang,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Minisiri Dinar Emas bertajuk ‘Kebangkitan Dinar Emas Dalam Muamalah Ummah’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Seminar sehari dengan kerjasama Al-Qafilah International Sdn Bhd itu dihadiri kira-kira 60 peserta termasuk ahli perniagaan dan pelajar universiti yang membincangkan penggunaan mata wang syariah dari sudut agama dan ekonomi.

Abdul Halim berkata, kesohoran dinar sebagai mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama disemat dalam sejarah tamadun Islam dan pernah digunakan di Madinah ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w dan diperluaskan pada zaman Khulafa al-Rashidin ke seluruh dunia, tetapi Bapa Turki Moden, Mustaffa Kamal Atartuk membatalkan penggunaan dinar sebagai mata wang dan menggantikannya dengan syiling dari Barat pada 1924.
Beliau berkata, di Tanah Melayu pula, Kelantan pernah membayar ufti kepada Siam dalam bentuk bunga diukir daripada emas manakala Kerajaan Melayu Melaka pernah membayar ufti kepada Siam dan China dalam bentuk sama.

“Urusan dinar adalah urusan agama dan kedaulatan daulah Islamiah dan penggunaan dinar melambangkan ketundukan dan kepatuhan kita kepada perintah Allah menyebabkan kebangkitan muamalah ini amat mustahak dalam membentuk ummah bersatu dan disegani.

“Satu dinar melambangkan penyatuan satu ummah dan sudah pasti melangkaui sempadan, bahasa dan warna kulit,” katanya.

Sumber - Harian Metro

Wednesday, December 15, 2010

AFF SUZUKI CUP 2010 LEG 1


Hari ini berlansung perlawanan bola sepak separuh akhir Piala AFF Suzuki Cup 2010 antara Malaysia vs Vietnam. 

Perlawanan sudah pun memasuki minit ke 72 dan keputusan semasa adalah Malaysia 1 - Vietnam 0. 

Kami sebagai rakyat Malaysia berharap agar team Malaysia dapat bertahan dan menambah gol sehingga perlawanan tamat kerana selapas ini mereka perlu bertandang ke Vietnam pulak dimana untuk rekod team Vietnam ini adalah juara bertahan pada edisi 2008 yang lalu.

*Keputusan muktamad Malaysia 2 - Vietnam 0....Malaysia membawa bekalan yang selega ke Vietnam... Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali.

** Ni gambar untul gol kedua pasukan Malaysia...sumber daripada - http://www.affsuzukicup.com/_webapp_743009/Malaysia_2_Vietnam_0_-__Safee_strikes_twice_to_give_Malaysia_two-goal_cushion

Selamat Maju Jaya buat Pasukan Malaysia...Semoga Malaysia berjaya...

Di sini bermula...

Selepas hampir setahun saya mengkaji pelaburan emas ini, tanggal 16 Oktober 2010 bersamaan pada hari Sabtu, menjadi sejarah kerana ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke Public Gold Sunway untuk mendengar sendiri pelaburan emas dan memahami secara mendalam pelaburan ini. Selalunya saya hanya baca di blog-blog sahja selain berbinjang sesama kawan sepejabat. Saya datang bersama-sama rakan sepejabatku iaitu En Zul dan En Faridz.

Seminar yang dijalankan ini adalah percuma. Saya sampai lebih kurang pukul 8.15 malam dimana seminar ini bermula pada pukul 8.30-10.30 malam. Penceramah pada malam itu adalah pemilik blog http://jutawanemas.com iaitu En Syukor Hashim. Beliau juga merupakan General Manager, Public Gold Fine International Sdn. Bhd. Beliau juga telah menkaji pelaburan emas ini lebih daripada 5 tahun. 

Sejak mendegar penerangan yang cukup jelas berkenaan pelaburan emas ini, siang dan malam duk pikir nak kumpul duit. Kebetulan pada masa ni terdapat promosi yang dijalankan oleh pihak Public Gold iaitu cuma bermodalkan RM 20K boleh adi tokey emas. sebelum ni, syarat nak njadi tokey emas ini memerlukan modal sebanyak RM 40K..

Daripada program berkenaan, saya mendapat pendedahan terutama mengenai konsep wang dan kekayaan yang sebenar. Wang kertas yang digunapakai di dalam sistem kewangan sekarang bukanlah wang pada erti kata sebenar. Andai kita berada di dalam keadaan perperangan, kemelesetan ekonomi dan inflasi maka wang kertas akan turut terjejas teruk atau mungkin nilainya akan terus hilang dan tidak berguna lagi.

Selain daripada itu, wang juga merupakan kertas yang boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin dan menghilangkan nilainya akan tetapi jika anda memiliki emas, perak, hartanah yang diusahakan, ternakan dan tanam-tanaman maka ia tidak boleh dimanipulasikan.

Setelah cukup modal seperti yang di syaratkan dan berbekalkan pengetahuan yang ada, saya mula menceburi bidang pelaburan emas ini dengan menjadi dealer Public Fine Gold International sdn. Bhd. bermula pada bulan November 2010.

Kepada kawan-kawan yang berminat untuk membuat simpanan/membeli/menjual bolehlah menghubungi saya di talian 013-3342326 ( En Qusyairi). Saya akan berikan anda tips bagaimana menambah simpanan emas anda dengan teknik manipulasi emas.

Friday, December 10, 2010

Apa itu Emas??

Emas adalah satu unsur logam dengan nombor atom 79 dan simbol Au. Manakala emas nama datang daripada satu Bahasa Inggeris Lama erti warna kuning , simbol itu datang daripada Huruf Latin aurum, yang bermaksud “subuh berkilat."
 
Pada jadual berkala unsur-unsur, emas didapati di Group 11, bersama dengan perak, tembaga, dan roentgenium, dan di Period 6 antara platinum dan raksa. Ia adalah dirujuk sebagai satu “logam peralihan." Emas mudah dibentuk,dan dikenai sebagai logam anjal. Disifatkan sebagai warna kuning, emas adalah satu daripada supaya dipanggil logam berharga, bersama dengan emas dan perak.

Diketahui dari zaman purba, bersama dengan raksa, sulfur, tembaga, perak, dan timah telah digunakan seawal 6000 BC. Barangan emas yang keemasan, sebagai contoh gelang-gelang dan cincin, serta perhiasan. Tamadun-tamadun yang menguna emas termasuk Orang-orang Mesir, Rakyat Greece, Mesopotamians, dan Orang-orang Rom.
Walaupun ramai orang mengenali emas untuk penggunaanya dalam barangan emas, hanya 65 peratus yang digunakan untuk barangan emas. Dan 25 peratus emas adalah diguna dalam aplikasi-aplikasi perindustrian Seramik, elektrik, dan aplikasi-aplikasi elektronik.

Satu penggunaan khusus serbuk timah keemasan ungu atau ungu Cassius yang diguna untuk penampakan enamel dan pembuatan satu jenis utama kaca dipanggil kaca delima. Kaca delima diguna pada tetingkap bangunan-bangunan pejabat, serta pada cermin-cermin di angkasa lepas.

Agak menarik bila kita sudah tahu sedikit sebanyak tentang logam yang dinamakan EMAS...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...