Friday, January 28, 2011

Rezaki Di Pagi Jumaat

Salam kawan-kawan..

Alhamdulillah..berkat rezeki di pagi Jumaat,Penghulu segala hari, seorang customer Mr A memberitahu berminat untuk lock emas dengan harga yang cantik untuk 1 Dinar x 2 dan 5 Dinar x 1.

Nampaknya semakin ramai yang cerdik dan pandai menilai didalam pengetahuan emas ini..Bagi pendapat saya memiliki emas tak rugi pun...Tapi ada jugak rakan-rakan saya yang mengatakan memiliki emas ini merugikan...Faktanya???Saya pun tidak diberitahu bila bertanya....

Biarlah mereka nak kata apa pun sebab kita ni rakyat Malaysia yang bebas untuk berkata-kata...Semua orang ada hak dan pandangan masing-masing...Kita hormatlah pandangan mereka...Biarlah mereka simpan wang fiat tu banyak-banyak...Kepada yang sudah memulakan langkah kanan dengan memiliki simpanan emas, saya ucapkan tahniah....kerana anda memang seorang yang pandai dan bijak untuk memilih simpanan yang anda mahukan...

Saya terpikir sejenak...Kalaulah menyimpan ataupun memiliki emas itu merugikan, kenapa bila bertunang ataupun berkahwin orang akan mencari cincin,gelang kaki dan tangan ataupun rantai menggunakan emas??? Dan ada juga kes nak buat gigi palsu pun ada yang mencari emas... Dan dapat jugak kita lihat, berapa nilai RM/g pada tahun 2001??? sekarang berapa harga RM/g ???

So, secara kesimpulannya kita kena pandai untuk menilai.. Jangan dengar kata orang sahaja...Mulakan langkah kanan anda dan kita nilaikan sendiri...Dalam masa yang sama kita gali lah ilmu-ilmu emas ini sedalam telaga supaya segala ilmu yang kita ada adalah ilmu yang berguna...Dan yang paling penting dengan ilmu kita dapat membezakan di antara pelaburan emas ini dengan pelaburan emas yang bersifat "skim cepat kaya" ataupun skim pelaburan emas seperti "membeli surat pajak di ar-rahnu" ataupun membeli emas dengan harga yang tinggi...

Milikilah emas pertama anda sementara harga emas tengah rendah sekarang ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di talian 013-3342326...Agen Telaga Emas Anda!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...