Thursday, August 18, 2011

Pelaburan Barang Kemas Public Gold i-Series 22k.


Untuk permulaan, pelabur emas perlu mengetahui tips-tips berguna sebelum membuat pelaburan di dalam bentuk barang kemas seperti yang dinyatakan di bawah:

1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM(www.fgjam.org.my)
2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)
3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.
4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).
6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.

Untuk makluman pembaca, Public Gold ada mengeluarkan produk terbaru berasaskan barang kemas I-Series 22k..


Barang kemas i-Series dikeluarkan oleh Public Gold (www.publicgold.com.my), sebuah syarikat  yang menjalankan urusniaga menjual dan membeli jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas dan juga jongkong perak.

Barang Kemas Public Gold i-Series 22k.


Cantik & Menawan – Rantai leher i-Series Public Gold


Rantai leher i-Series ( i-Series bermaksud investment series)

Ciri-ciri istimewa barang kemas i-series.
Sejajar dengan kenaikan emas yang telah pun mencecah USD 1820 pada 18/8/2011 11.00 malam, PUBLIC GOLD telah menghasilkan barang kemas yang bermutu tinggi untuk memastikan setiap pelabur memperolehi keuntungan maksimum melalui produk barang kemas ini
Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.
Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my)  Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM190/gram (tidak termasuk upah).


Namun, harga barang kemas i-series ketika artikel ini ditulis (18/8/2011 11.00 malam) hanyalah RM181.50 segram.(untuk makluman harga www.fgjam.org.my belum dikemaskini)..

P/s: Harga emas untuk barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit. Anda boleh memantau harganya di laman web Public Gold Live Price dihttp://www.publicgold.com.my/liveprice.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...