Thursday, December 30, 2010

Piala AFF Suzuki Cup 2010

Tamat sudah kejohanan Piala AFF Suzuki  Cup 2010.Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia!!!

Rasanya hari ini sahaja di mana-mana orang akan bercakap pasal bola sepak antara Malaysia vs Indonesia yang akan di adakan di stadium Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta, Indonesia. Malaysia membawa bekalan yang selesa semasa separuh akhir yang lalu dengan membenamkan pasukan garuda sebanyak 3 gol tanpa balas.

Pada pukul 8 malam, pasukan Malaysia memulakan misi untuk merangkul Piala AFF Suzuki  Cup 2010 buat pertama kalinya sejak tahun 1996. Masa 90 minit sudah pun berlalu, Indonesia berjaya mengalahkan Malaysia dengan gol 2-1 walaupun team Malaysia menjaringkan gol dulu. Tetapi dengan bekalan gol 3-0 semasa 1st leg di Malaysia, secara aggregatenya, Team Malaysia menang dengan kiraan gol 4-2. Tahniah di ucapkan untuk team muda Malaysia dengan bermain bersungguh-sungguh sebab tiada kejayaan tanpa usaha.

Dengan merangkul piala ini, PM telah mengumumkan cuti umum pada hari jumaat (31 December 2010). Selamat bercuti Malaysia dan TAHNIAH BUAT TEAM MALAYSIA!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...