Thursday, December 30, 2010

Selamat Datang Tahun 2011

Salam dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan emas.

Tinggal sehari sahaja lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Bermulalah lembaran episod baru untuk tahun 2011. Bermacam-macam impian,hajat dan kata-kata semangat di laungkan dengan harapan agar tahun 2011 menjadi tahun yang gemilang.

Untuk tahun 2011 ini, Telaga Emas berharap agar dapat memajukan diri dan keluarga dan setiap kejayaan mestilah berdepan dengan pengorbanan. Selain daripada itu, Telaga Emas juga berharap pada tahun 2011 ini, masyarakat lebih sedar tentang kepentingan menyimpan ataupun membuat pelaburan dengan emas. Seperti yang kita sedia maklum, harga emas dipasaran terus meningkat dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama meningkat taraf hidup kita dengan menyimpan emas agar generasi akan datang terutamanya untuk menjamin masa hadapan anak-anak kita untuk menempuh masa hadapan.

Sama-samalah kita majukan diri kita tidak kira dengan apa jua yang kita lakukan di samping kita berusaha dan yang paling penting bertawakallah kepada Allah S.W.T. Kita juga haruslah percayakan matlamat dan diri kita sendiri.

Akhir kata dari saya, ingat EMAS ingatlah masa hadapan anda dan generasi anda.

Call me now : 013-334 2326

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...